Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Setiap kali peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 bakal diadakan, ramai calon-calon peperiksaan online yang tersenarai memerlukan nota rujukan dan contoh soalan dan jawapan peperiksaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Boleh dikatakan ada format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai seksyen yang tetap dan ada seksyen yang diubah.

 

peperiksaan pegawai tadbir diplomatik gred m41

 

Tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 (PTD M41) dikelaskan dalam kategori Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional yang dipertanggung jawabkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk menjadi seorang PTD M41, anda haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Selepas melepasi syarat-syarat kelayakan, anda akan dipanggil ke tapisan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika lulus peperiksaan, anda akan melalui tapisan temuduga dan dilantik sebagai PTD secara kontrak. Anda akan diarahkan untuk menjalani latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama setahun.

Sebaik sahaja tamat latihan, anda akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Awam dan dilantik sebagai PTD M41 secara tetap. Oleh itu anda wajib tahu tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

 

10 personaliti yang diperlukan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik

Untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, anda harus memiliki personaliti yang berkaitan dengan jawatan ini. Sebagai seorang PTD M41, anda bakal menerajui kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang meliputi pelbagai bidang contohnya pengurusan, pentadbiran, ekonomi, keselamatan, perhubungan antarabangsa dan kewangan. Berikut ialah 10 personaliti PTD M41 yang diperlukan sebagai rujukan anda.

1. Berminat dengan profesion PTD M41 – Tanpa minat, apa-apa kerja yang dilakukan tiada manfaatnya. Begitu juga dengan PTD M41, ini adalah kerjaya yang mempunyai tanggung jawab dan amanah yang utama pada negara. Bakti yang dicurahkan haruslah ditunaikan dengan jujur dan ikhlas.

Sebagai pegawai yang mentadbir negara, sikap tenang haruslah disemai semasa menjalankan tugas. Jika tidak, tindakan yang dilakukan bakal dilakukan tanpa kewarasan dan kesabaran. Seorang PTD M41 harus bersikap neutral supaya tanggung jawab dapat dilaksanakan dengan sempurna.

2. Berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti – Pendidikan yang disertai dengan ilmu pengetahuan boleh memimpin seorang PTD M41 untuk berjaya dalam hidup. Keperibadian dan kematangan diri diperlukan untuk memastikan anda berjaya. Ilmu pengetahuan yang diperlukan termasuklah hal ehwal perkhidmatan, teknik berkomunikasi, tugas dan tanggung jawab utama dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di mana anda ditugaskan.

Budi pekerti seorang PTD M41 harus disemai dengan rasa hormat menghormati masyarakat berbilang bangsa dan usia, mengutamakan pengurusan masa dan tidak mudah melenting. Sikap dan nilai peribadi harus dihayati supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

3. Ketrampilan yang positif – Cerminan sikap positif dalam penampilan seorang PTD M41 dapat dinilai menerusi tahap ilmu pengetahuan dan intelektualnya. Kemahiran mengurus dan mentadbir, menjalankan penguatkuasaan undang-undang, kemahiran berinteraksi dan menggunakan teknologi maklumat dapat membantu menyelesaikan amanah yang diberikan.

Penghayatan nilai-nilai dan etika murni oleh seorang PTD M41 boleh memacu ke arah daya kepimpinan yang terpuji menerusi keupayaan mengatur kerja, mengawal disiplin anggota kepimpinannya, memberi nasihat dan pendapat kakitangan di bawah seliaannya dan kemampuan membina wawasan dan menyusun perancangan di masa hadapan.

Mengutamakan kesaksamaan dan keadilan supaya dapat mengekalkan neuraliti dan integriti dalam perkhidmatan awam amatlah penting bagi seorang PTD M41. Jika wujudnya sikap berat sebelah atau ketidakadilan, maka pincanglah kualiti kerja sebagai seorang pegawai kerajaan.

4. Dinamik dan bercita-cita tinggi – Seorang PTD M41 haruslah dinamik dan memiliki rancangan dan strategi yang rapi bagi memastikan cita-citanya tercapai. Rancangan tersebut mestilah dilaksanakan dengan fleksibel dan menumpukan kepada objektif yang utama. Sebagai pegawai yang menerajui pentadbiran negara, ciri-ciri ini haruslah dimiliki bagi memastikan negara dapat dipelihara dan terus maju.

5. Boleh adaptasi diri di mana-mana – Kebolehan ini bersifat versatil kerana ia mencerminkan aset yang ada dalam diri seorang PTD M41 seperti bakat yang pelbagai, relevan, berkebolehan dan berani. Sepangjang tempoh berkhidmat, anda akan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, pangkat, darjat, peringkat umur dan kaum.

Apabila anda ditugaskan di kementerian, cabaran yang bakal dihadapi ialah seperti skop tugas yang spesifik mengikut kementerian, birokrasi dan staf-staf kerajaan yang lain. Di luar negara pula, cabaran yang dihadapi pastinya berbeza kerana bakal melibatkan isu keselamatan, cuaca, famili, makanan dan pendidikan anak-anak. Oleh itu seorang PTD M41 harus bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan sepanjang tempoh berkhidmat.

6. Minat dengan bidang pengurusan dan pentadbiran – Menjadi seorang PTD M41 melibatkan tanggung jawab berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Anda harus bersedia untuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan seperti menyediakan minit mesyuarat, pengurusan wang organisasi, pengurusan organisasi harian, menganjurkan acara dan menguruskan sumber manusia. Tanpa minat untuk mengurus, kerjaya sebagai PTD M41 takkan bertahan lama.

7. Sedia bertugas di mana sahaja – Di mana sahaja anda ditempatkan, tunaikanlah tanggung jawab yang diberikan dengan baik. Ini adalah amalan biasa mana-mana staf kerajaan iaitu boleh bekerja di mana sahaja mereka dihantar. Cabaran yang bakal dihadapi adalah seperti perjalanan ke pejabat rasmi yang jauh dari tempat tinggal, pindah barang rumah dan keserasian dengan tempat ditugaskan.

Sebenarnya, setiap kali seorang PTD M41 berpindah tempat bertugas, ia akan memberi kesan positif contohnya kematangan fikiran seorang pegawai, kaya dengan pengalaman dan pertambahan ilmu pengetahuan.

8. Menguasai kepelbagaian bahasa – Selain dari bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, seorang PTD M41 harus mengambil inisiatif untuk menguasai bahasa lain seperti Mandarin, Sepanyol, Arab, Jepun dan Sepanyol. Penggunaan pelbagai bahasa boleh memupuk perpaduan, kemesraan dan merapatkan hubungan dengan negara lain.

9. Kemahiran komunikasi – Di antara kemahiran utama yang diperlukan oleh seorang PTD M41 ialah kemahiran untuk berkomunikasi dengan pelbagai peringkat usia dan pangkat. Dalam setiap majlis yang diadakan, seorang PTD M41 terlibat dengan pembentangan, ucapan, taklimat, seminar dan bengkel.

Kemahiran dan keupayaan untuk berucap dan memberi taklimat adalah aset yang penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan jelas diterima oleh orang ramai. Interaksi yang betul sesama manusia akan dapat membantu untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Komunikasi yang jelas mencerminkan kewibawaan seorang PTD M41 yang komited berbakti untuk negara.

10. Tahap kesabaran dan perjuangan infiniti – Sewaktu menunaikan tugas, cabaran, rintangan dan kekangan datang tanpa diundang. Pelbagai pihak yang hadir seperti agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan, persatuan-persatuan, pertubuhan bebas, ahli perniagaan dan ahli politik akan datang memberikan tekanan.

Keputusan yang dibuat oleh seorang PTD M41 pada masa itu pastinya tidak dapat memuaskan hati pelbagai pihak. Oleh itu, keputusan yang diambil haruslah memberi kepentingan kepada masyarakat dari segenap aspek. Sikap putus asa haruslah dijauhi untuk memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

 

8 bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Seorang PTD M41 berpeluang untuk berbakti sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan pegawai kedutaan di luar negara selain dari gaji, elaun dan imbuhan yang lumayan. Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik berkhidmat untuk kerajaan Malaysia, bukan bekerja untuk parti politik. Terdapat 8 skop tugas yang dipertanggung jawabkan kepada seorang PTD iaitu :

  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Pentadbiran Tanah, Daerah dan Kerajaan Tempatan
  • Perancangan dan Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara
  • Pengurusan Sumber Kewangan
  • Pengurusan Sumber Ekonomi

 

Contoh bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

1. Bahagian Polisi Sektoral 1, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

Di bahagian ini, tanggung jawab yang diberikan ialah untuk menggubal, mengkaji semula dasar dan strategi pembangunan sektoral industri keluli dan besi, getah dan kayu, industri berasaskan makanan dan pertanian serta kimia dan keluaran petroleum.

Selain itu, bahagian ini turut bertanggung jawab untuk mengenal pasti dan membangunkan bidang-bidang baru, profil berkaitan industri, memberi input dan merumuskan standard bagi industri-industri tempatan serta membuat penilaian kesan perdagangan pelbagai hala bagi kumpulan industri.

 

2. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Tanah Hulu Langat

Bahagian ini dipertanggung jawabkan untuk menjalankan tugas pentadbiran kakitangan, pengeluaran mesin dan permit, pentadbiran am, urusan bayaran duti pindah milik hartanah dan perjanjian, kutipan bayaran rumah kos rendah dan menguruskan majlis rasmi di peringkat daerah.

 

3. Bahagian Protokol, Kementerian Luar Negeri

Di Bahagian Protokol, tanggung jawab yang dilaksanakan termasuklah sebagai penyelaras dan penasihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan protokol antarabangsa bagi kerajaan Malaysia, menjalankan aktiviti pengesahan diplomatik dan acara-acara rasmi Malaysia, menguruskan khidmat sokongan untuk seluruh lawatan rasmi dan negara-negara luar ke Malaysia serta mengeluarkan hak-hak istimewa dan imuniti untuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan kedutaan-kedutaan luar negeri menurut Konvensyen Vienna.

 

4. Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW)

Unit Gerakan Desa Wawasan – Menyelaras dan memantau program dan dasar Gerakan Desa Wawasan serta menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Kedah dan Pahang.

Dasar dan Pembangunan Wilayah – Menyelaras maklum balas mesyuarat utama kementerian, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Wilayah Persekutuan dan Sabah, mengurus Dasar-Dasar Makro dan Sektoral KKLW serta menyelaras dan memantau sektor pembangunan wilayah dan tanah.

Maklumat Makro, Pengkorporatan dan Penswastaan – Menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Pulau Pinang dan Sarawak, mengurus maklumat dan data untuk RMK-8 dan RMK-9, menyelaras dan memantau sektor pembasmian kemiskinan serta menyelaras Rancangan Fizikal Negara.

Dasar Sosial dan Pembangunan Manusia – Pusat hal ehwal wanita, pusat hal ehwal orang asli, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Kelantan dan Perak serta menyelaras dokumen dan memantau sektor pembangunan manusia.

Pensyarikatan dan Ekonomi Luar Bandar – Menyelaras dan memantau program Bakti Desa, menyelaras dan memantau ekonomi luar bandar, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Terengganu dan Johor serta menyelaras perjumpaan Menteri dengan badan bukan kerajaan.

Penilaian dan Pembangunan Prasarana – Bertempat di pusat kajian-kajian kementerian, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Melaka dan Selangor, menyelaras perancangan kerja untuk 3 bulan dan laporan tahunan bahagian, mengurus hal ehwal pentadbiran bahagian serta menyelaras dan memantau sektor pembangunan infrastruktur.

Hal Ehwal Antarabangsa dan ICT – Berpusat di CIRDAP, AMRDPE, AARDO dan PREP-SOMRDPE, pusat untuk organisasi antarabangsa, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Perlis dan Negeri Sembilan, menyelaras pembiayaan dan bantuan daripada institusi kewangan antarabangsa serta menyelaras dan memantau sektor ICT.

 

peperiksaan pegawai tadbir diplomatik gred m41

 

Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Sebagai calon yang mahu lulus dalam peperiksaan, anda harus tahu selok-belok pemerintahan di Malaysia termasuklah keselamatan dan pertahanan negara, hubungan antarabangsa, pengurusan sumber manusia, hal ehwal luar negeri, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan sumber ekonomi, infrastruktur dan pengurusan sumber kewangan.

Seksyen pengetahuan am ini ditanya bagi menilai daya kesedaran calon tentang perkara-perkara yang berlaku di Malaysia dan seluruh negara. Contoh soalan pengetahuan am dan alam sekeliling boleh dilihat di bahagian bawah.

 

1. Di antara berikut, pilih institusi kuasa yang paling tinggi dalam sistem pemerintahan di Malaysia

A. Mahkamah Persekutuan
B. Perlembagaan Malaysia
C. Parlimen
D. Kabinet

Jawapan = B

 

2. Pilih jawapan yang BENAR berkaitan dengan tugas Yang Dipertua Negeri

A. Memiliki kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri
B. Memilih calon Yang Di-Pertuan Agong
C. Membuat lantikan Ketua Menteri
D. Menjadi ahli Majlis Raja-Raja

Jawapan = A

 

3. Dasar Pembangunan Nasional ditubuhkan dengan tujuan UTAMA iaitu

A. Meningkatkan ekonomi negara secara konsisten
B. Membangunkan kualiti hidup warganegara Malaysia
C. Memajukan negara menerusi perpaduan berbilang kaum
D. Mencapai keadilan ekonomi sosial rakyat pelbagai bangsa

Jawapan = C

 

4. Pilih kenyataan yang TIDAK berkaitan dengan Dasar Pandang Ke Timur di bawah Perubahan Struktur Organisasi

A. Penyediaan servis pembayaran bil setempat
B. Pembentukan pasukan peningkatan kualiti kerja
C. Penyediaan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
D. Pengenalan etika kerja Bersih, Cekap dan Amanah

Jawapan = D

 

5. Apakah rujukan Perlembagaan yang digunakan untuk merangka Perlembagaan Malaysia?

A. Jawatankuasa Perkhidmatan Awam
B. Hakim-hakim Komanwel
C. Suruhanjaya Cobbold
D. Suruhanjaya Reid

Jawapan = D

 

Bagi memudahkan anda membuat persediaan, contoh soalan pengetahuan am Pegawai Tadbir Diplomatik ada disediakan dalam ebook rujukan peperiksaan PTD M41. Nota pengetahuan am dan turut disediakan untuk memudahkan anda membuat persiapan.

Sejauh manakah panduan ini boleh membantu anda? Ebook rujukan peperiksaan PTD M41 ini sudah membantu lebih 80,000 orang calon-calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik sejak tahun 2009 lagi. Nota rujukan dan contoh soalan yang dihasilkan merupakan hasil dari perkongsian calon-calon yang pernah menduduki peperiksaan sebenar PTD M41.

 

peperiksaan pegawai tadbir diplomatik gred m41

 

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Bahagian Daya Menyelesaikan Masalah berkaitan dengan matemaik dengan 3 pecahan yang utama iaitu :

1. Kemahiran logik
2. Kemahiran menginterpretasi data
3. Konsep-konsep matematik

1. Kemahiran logik – Dalam seksyen kemahiran logik, calon-calon peperiksaan PTD M41 harus mengerahkan seluruh ilmu pengetahuan yang ada termasuklah kemahiran mengaplikasi maklumat dan kemahiran berfikir untuk menentukan jawapan yang betul semasa menyelesaikan masalah yang diberikan.

2. Kemahiran menginterpretasi data – Calon-calon peperiksaan PTD M41 akan diberikan soalan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan angka. Setiap perangkaan yang diperolehi perlu dianalisa supaya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang diberikan. Graf, jadual, carta dan sebagainya amat digalakkan penggunaanya supaya calon-calon mudah mendapatkan jawapan.

3. Konsep-konsep matematik – Konsep matematik dalam peperiksaan PTD M41 meliputi geometri dan algebra yang berada di bawah sukatan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda boleh rujuk buku matematik Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebagai persediaan.

Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan PTD M41 boleh dilihat di bahagian bawah.

 

1. 4 2/3 – 2 jam 55 minit =

A. 1 jam 25 minit
B. 1 jam 35 minit
C. 1 jam 45 minit
D. 1 jam 55 minit

2/3 = 2/3 x 60 20 minit
= 40 minit

4 3 jam 40 100 minit – 2 jam 55 minit
= 1 jam 45 minit

Jawapan = C

 

2. Nazri mempunyai 120 biji buah nangka. Beliau memberi 1/5 buah nangka kepada kawan-kawannya. 1/2 daripada bakinya dijual. Berapakah peratus buah nangka yang masih ada?

A. 30%
B. 40%
C. 50%
D. 60%

(1 – 1/5) = 4/5
= 4/5 x 120 24 = 96

Peratus buah nangka yang tinggal
96 48 x 1/2 = 48
100% x 48 2/120 5 = 2/5 1 x 100 20%
= 40%

Jawapan = B

 

3. Kalidas bekerja dengan gaji bulanan RM2,800 dan gaji Jayakandan kurang RM350 daripadanya. 25% daripada gaji Kalidas digunakan untuk membayar ansuran rumah dan bakinya dibayar oleh Jayakandan dengan jumlah RM1,190. Berapakah peratus gaji Jega yang digunakan untuk membayar ansuran rumah tersebut?

A. 10%
B. 20%
C. 30%
D. 40%

RM1,190 – (25% x RM2,800)
RM1,190 – (25/100 x RM2,800)
RM1,190 – RM700
= RM490

RM490 x 100% ÷ (RM2,800 – RM350)
= 20%

Jawapan = B

 

4. Sebuah kereta berjenama tempatan menggunakan 8 L petrol untuk bergerak sejauh 28 KM. Jika tangki petrol berkenaan diisi dengan 30 L, kirakan baki petrol yang tinggal selepas bergerak sejauh 42 KM.

A. 8 L
B. 12 L
C. 18 L
D. 30 L

42 KM/28 KM x 8 L
= 12 L

30 L – 12 L
= 18 L

Jawapan = C

 

5. Dalam satu perlumbaan kereta, kereta Suzuki berada di hadapan kereta Toyota, kereta Toyota berada di hadapan kereta Mitsubishi. Kereta Mitsubishi berada di hadapan kereta Proton. Kereta manakah yang berada di belakang sekali?

A. Suzuki
B. Proton
C. Toyota
D. Mitsubishi

Jawapan = B

 

Anda yang sudah memiliki pengetahuan asas matematik pasti tidak akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan-soalan daya menyelesaikan masalah yang diberikan. Bagaimana pula jika anda tiada pengalaman dan pengetahuan asas tentang matematik? Pastinya risiko untuk gagal dalam peperiksaan PTD M41 amat tinggi.

Hanya ada satu cara sahaja yang boleh membantu anda membuat persiapan menghadapi peperiksaan PTD M41, iaitu dengan mendapatkan ebook rujukan peperiksaan PTD M41. Dengan memiliki ebook ini, anda boleh mendapatkan gambaran contoh soalan dan jawapan serta bagaimana nak menjawab soalan Daya Menyelesaikan Masalah tersebut. Klik imej ebook PTD M41 di bawah untuk membuat tempahan :

 

peperiksaan pegawai tadbir diplomatik gred m41

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

latih tubi ptd m41

 

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.